Tahniah warga SK Penjom atas Kejayaan mendapat Anugerah New Deals...Semoga Berjaya Untuk Calon Sekolah Kluster Kecemerlangan..InsyaAllah

08 July 2012

JOHAN CHORAL SPEAKING DAERAH!

Tahniah buat semua....satu kenangan dan kejayaan yang indah. 
Semoga lebih berjaya di masa depan, insyaallah.


01 June 2012

SHARING IS CARING ~ HUHUHU!!

Anyone Anywhere Anytime
...if u got the ideas how to be more success blogger, just inform me.
We can still share ideas...emm, of coz can use ENGLISH dan pastinya i am MALAY, haha!
So, let share orait!


HARI INI DALAM SEJARAH!

Sedikit paparan sejarah SK Penjom untuk tatapan...dah lama rupanya bermula era pendidikan di sini. Terus maju...insyaallah!


LENCANA SEKOLAH!


22 April 2012

GIRLS' GUIDE CAMPING!

18 APRIL 2012 ~ 20 APRIL 2012

We finished our camping at Kampung Lalang excellently. Congrate to our team!


31 March 2012

JADUAL GAJI BARU SSM DG41

Hanya satu yang kita perlu sedar BAHAWA Kita patut berterima kasih dan ucapkanlah ~Alhamdulillah


JALINAN BERSAMA PUSAT JALUR LEBAR

29 MAC 2012 ~ Seramai 30 orang Murid Tahun 5 Arif telah bersama-sama menjayakan Hari terbuka Pusat Jalur Lebar Penjom. Turut menyertainya adalah Murid Prasekolah bersama Encik Muzaimi iaitu Guru Prasekolah. Acara yang disertai adalah Sukaneka dan Mewarna.



22 March 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1

22 MAC 2012

KEM BESTARI SOLAT untuk Murid Tahap Satu...awal2 lagi didedahkan dengan kewajipan mereka untuk bersolat dan solat berjemaah...alhamdulillah.



17 March 2012

SOLDIERS in RED!

WARGA SK PENJOM ~ WE ARE A TEAM!


Nice Work Bro!

15 dan 16 MAC 2012...dua orang cikgu kita iaitu cikgu khairi dan cikgu hafidz mendirikan MINI PERKHEMAHAN PANDU PUTERI TUNAS berhampiran DEWAN PERMATA..nice work bro! thanksssss...hihi!


16 March 2012

ANUGERAH TAWARAN BARU (NKRA) PENDIDIKAN

15 MAC 2012...Guru Besar menerima Anugerah Tawaran Baru dari Timbalan Perdana Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. TAHNIAH untuk BOSS kami yang amat DEDIKASI, u DESERVE it, BOSS!


09 March 2012

Sistem Saraan Baru Batal!

8 Mac 2012...perjumpaan Perdana Menteri malaysia bersama penjawat awam telah mendapat satu kata putus iaitu SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM bersama kenaikan 13% dar gred 1 hingga 54.
syukur atas apa saja pemberian...kerja tetap kerja, alhamdulillah.

01 March 2012

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Lukisan Sumbangan Cikgu Ismail...Kreatif!

GURU PENYAYANG

1 MAC 2012..PROGRAM GURU PENYAYANG

Murid disambut dengan senyuman oleh Guru besar, guru-guru dan PIBG. Semoga dengan Guru Penyayang..Sekolah akan Terbilang, INSYAALLAH.

23 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 2012


Bacaan surah Yaasin oleh warga SK Penjom dan Murid-murid sempena Sambutan Maulidur Rasul di dewan Permata. Majlis diteruskan dengan perarakan disekeliling kawasan kampung.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Minggu yang amat mencabar buat warga SK Penjom. Pemantauan awal telah dilakukan oleh wakil dari JPN iaitu Encik Khairil Eng Abdullah. Thanks for the input, sir. Banyak yang perlu kami dilakukan. Alah bisa tegal biasa..so, here we go! Kami Sepasukan..insyaallah.


17 February 2012

KLUSTER!

Sekolah Kluster Kecemerlangan.....will be!!


BITARA UNTUK SKK

17 Februari 2012...mesyuarat untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan. Antara inipati mesyuarat, telah ditetapkan bahawa sekolah telah memilih bidang kurikulum dan kokurikulum berikut untuk di bitara kan iaitu:

Kurikulum:
Matapelajaran : Matematik

Kokurikulum:
Sukan : Sepaktakraw

Unit Beruniform:
Persatuan Pandu Puteri Tunas

Well....gud luck guys!!

PROFIL SEKOLAH

Akhirnya....aku dah siap kan PROFIL SEKOLAH untuk New Deals. Pemantauan Nazir dari JPN Kuantan dan Melaka pada Rabu bersamaan 15 FEBRUARI 2012 yang lalu. Harap2 semua lepas dan berjaya, insyaallah.


30 January 2012

Skim Gaji Baru SBPA

Uissshh...alahai!! Sepatutnya arini cikgi2 cam aku dah dapat skim gaji baru dalam bentuk tunggakan, rupa nya belum lagi. Hehehe...x per, bersabar, biar semua nya settle, sabar sebahagian dari iman, kaannn!


29 January 2012

Nanges? Em..Kursus Motivasi Tahun Enam

Awal tahun lagi, telah diadakan Kursus Motivasi Tahun Enam sempena UPSR 2012. Fasilitaor yang ada banyak pengalaman iaitu Cikgu Rohaila dah bagi banyak ilmu yang dia ada. Nanges?? Oooo..mesti la ada segmen tu, tapi bukan untuk buat anak2 ni sedih, cuma memberi kekuatan je dan menjadi lebih bertanggungjawab..jangan sedih ye, cheer up!



Pencapaian 5A upsr 2006 ~ 2011

Sempena verifikasi New Deals, dah siap brosur sekolah untuk Tahun 2012. Ini yang menarik perhatian apabila jumlah yang mendapat 5A di SK Penjom semakin meningkat. Fakta yang menarik kan...anak-anak kampung, di sekolah kampung tapi boleh berjaya..yezzzaaa!


28 January 2012

Program 1 Azam

7 Januari 2012

Program Kementerian Pembangunan Wanita yang diwakili oleh Datuk Suhaimi telah hadir ke Dewan Permata SK Penjom untuk menyampaikan bantuan kepada kaum wanita di sekitar Daerah Lipis...semoga bantuan ini bermanfaat untuk membangunkan lagi ekonomi kaum wanita..yess!



New Deals 2011

18 January 2012

Wow! Hari ini dalam sejarah, Pegawai PPD Lipis iaitu En Hamdan dan En Fadzli datang ke SK Penjom. Bukan hanya memantau tapi sempat lagi bawa kek sempena terpilih dan LAYAK antara 10 buah sekolah yang akan diverifikasi untuk New Deals 2011...terima kasih, Insyaallah, kami pasti boleh!! 

Orientasi Tahun Satu 2012

01 January 2012
Sesi persekolah bermla..perkara pertama adalah ORIENTASI, ORIENTASI & ORIENTASI untuk Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Banyak gelagat ibu bapa, murid dan guru yang dapat dilihat. Semua nya.....ok!


Perlantikan Pengawas 2012

11 January 2012
Hari berlangsungnya Majlis Watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas sekolah bersama Badan Pengawas yang diterajui oleh Puan Siti Fairus iaitu guru disiplin SK Penjom. Terima kasih kepada Ketua Balai Polis Penjom atas kesudian beliau untuk hadir..terima kaseh daun keladi, ye!

27 January 2012

Halooo!

Asalamualaikum...hai, haloo! Blog nie yang latest la dari PSS SK PENJOM..banyak betol cabaran untuk blog nie tapi aku redah juga sebagai Guru Perpustakaan dan media..hehe!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...